20 May, 2017

Cara No. 3 : Buat Pemasaran Affiliate (Affiliate Marketing)

Kaedah Paling Digemari ramai


Apa Itu Pemasaran Affiliate? 

Pemasaran Affilliate adalah kaedah atau cara perniagaan berdasarkan prestasi yang diukur dari hasil jualan. Affiliate perlu berdaftar dengan pemilik perniagaan dan mereka akan memasarkan produk pemilik, sekiranya berlaku jualan dari affiliate, pemilik produk bersetuju memberi ganjaran peratusan dari hasil jualan sesuatu produk tersebut seperti yang telah dipersetujui sewaktu mendaftar. Tugas Affiliate samalah seperti agent, dan hanya melakukan aktiviti pemasaran bagi produk orang lain.


Ianya Sesuai Untuk Siapa?

Mereka yang suka bercakap, menulis, memberi penerangan dan mempunyai kebolehan memujuk/menimbulkan minat orang untuk membeli.


Apa Skil Yang Di Perlukan?

Kebolehan dan kemahiran untuk mempromosikan sesuatu produk dengan menggunakan medium sosial media, video, pemasaran e-mail dan sebagainya.


Masa Yang Diperlukan Untuk Memulakan Perniagaan Pemasaran Affiliate

Secara amnya sebaik sahaja anda mendaftar dengan vendor/syarikat yang menawarkan sesuatu produk maka anda boleh terus bermula dengan serta merta.
Namun ada juga vendor/syarikat yang akan meminta maklumat bagaimana anda ingin memasarkan produk mereka dan mereka akan melihat laman web atau blog anda dahulu sebelum meluluskan permohonan anda untuk menjadi 'Affiliate' mereka..
Setelah lulus anda akan diberikan 'link' affiliate dan alat bantu pemasaran untuk anda mula mempromosikan produk mereka mengikut kreativiti anda sendiri.

Untuk memudahkan pemahaman anda bagaimana sesuatu pemasaran affiliate ini dijalankan, anda boleh merujuk kepada diagram dibawah;


Ini adalah diagram yang disediakan oleh shopify.com dan amat mudah untuk difahami bagaimana sistem affiliate ini dijalankan. (Credit to Shopify.com)


Tip-Tip


1. Buat pilihan dari domain dimana anda rasakan anda mempunyai minat dan mempunyai potensi jualan yang tinggi. Contohnya, jika anda seorang pengamal diet, maka anda boleh memasarkan produk yang berkaitan dengan diet.
Sebenarnya terdapat banyak domain produk berkaitan dengan pelbagai kategori di pasaran, anda hanya perlu mencari produk yang bersesuaian dengan diri anda.

2. Laman web global yang terkenal dan mempunyai lebih 60,000 orang affiliate berdaftar didunia contohnya adalah seperti Clickbank.com, Sharesale.com, Jvzoo.com. Di Malaysia, nama-nama besar seperti Zalora.com, Lazada.com juga ada menawarkan sesiapa yang ingin menjadi 'affiliate' mereka.

3. Pilihlah produk yang membayar hasil jualan sekurang-kurangnya 50% komisen dari harga produk tersebut.

4. Kebanyakan website yang menawarkan program affiliate ini menggunakan sistem yang dapat mengesan (tracking) cookies kepada 'link' affiliate peribadi anda. Anda tidak perlu risau tentang bayaran komisen, anda hanya perlu fokus dengan terus rajin melakukan promosi dan hasilkan jualan. Semakin banyak jualan, semakin banyak komisen yang anda dapat tanpa perlu keluar dari rumah pun.
Anda hanya perlu gunakan 'LINK' affiliate yang diberi oleh vendor untuk mempromosikan produk mereka.
Ramai yang telah menjana pendapatan beribu malah berpuluh ribu melalui pemasaran affiliate ini. Jika anda malas untuk ambil tahu tentang perniagaan ini, anda sangat rugi!

5. Jika anda inginkan tunai segera dengan mudah dari kaedah pemasaran affiliate ini, anda boleh cuba mempromosikan affiliate link anda secara terus di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Digg, StumbleUpon dan Reddit.


Bagaimana Untuk Jadikan pemasaran affiliate Sebagai Mesin Duit?

Menjadikan ia sebagai mesin duit amat mudah, selalu dan kerap melakukan promosi link anda dan pastikan ramai orang membeli produk tersebut melalui link anda yang diklik oleh mereka.

Reka/cipta 'Facebook Page' anda atau iklan melalui banner dengan tujuan untuk mempromosikan produk affiliate anda. 

Buat ayat atau 'content' dengan memberitahu orangramai bagaimana produk anda dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

Salurkan maklumat tambahan bagi menambah pengetahuan orangramai tentang domain anda dan mereka akan membantu mempromosikan link anda kepada rakan-rakan mereka dengan tidak secara langsung!.

Bagaimana?, adakah anda sudah mula berminat untuk bermula?

Ada apa-apa persoalan sila komen atau
jika anda ada apa-apa soalan yang berbentuk peribadi, anda boleh gunakan borang 'dihubungi' (borang diseblah kanan blog ini, sila skrol curser ke atas) dan tekan hantar (Jangan lupa isikan maklumat diri anda)
InsyaAllah saya akan cuba membantu.

Jumpa lagi next post......Good Luck!





No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET