12 May, 2017

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET

Kini sudah genap 3 tahun lebih saya 'berhenti kerja' (Berhenti Kerja.....bukan diberhentikan kerja ok?....baca betul-betul ya)

Bukan kerana saya malas......
Bukan kerana syarikat saya.......
Bukan kerana saya dah kaya......
Adala sikit-sikit kerana Boss (Haaa yang ni x bley nak blah....hahaha)......errrr bekas Boss saya ada baca tak ni?  :-)......Maksud saya Boss saya yang terakhir......yang lain-lain memang Superb!!
Boss yang terakhir ni, lain macam sikit......so saya nekad,
As what this quotes says;
"IF YOU CAN'T STAND THE HEAT, GET OUT OF THE KITCHEN" - Harry S Truman


 Terkadang bila rasa Rezeki anda sempit?...ini aje sumber amalan saya lakukan. Nak Tahu?, boleh klik pada gambar



18 tahun bekerja adalah merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya.
Saya bekerja di sektor swasta dan diwaktu saya membuat keputusan untuk berhenti pada tahun 2013, ianya adalah titik tolak bermulanya perubahan kehidupan saya untuk keluar dari ZON SELESA dan mula mencari sesuatu yang dapat memberi KEPUASAN pada diri ini.

Saya berhenti diwaktu umur 42.....baki 8 tahun lagi nak masuk 50 ;series;
Dari berkot, bertali leher,.....daripada ada 'Personal Assistant' yang cantik,comel....saya mulakan impian saya untuk berniaga,,,,,

Bagi saya 'enough is enough'.......sampai bila nak makan gaji, nanti dah lepas umur 50 dah tak larat.
REZEKI ada dimana-mana
Sikit atau banyak......bergantung kepada usaha kita kan?
samada korang RAJIN, MALAS atau NAK, TAK NAK aje,,,,,,
Saya pegang pada prinsip ni aje
.
Selepas berhenti kerja makan gaji,
Saya pernah berniaga 'Ikan Bakar' di tepi jalan......
Saya pernah buka kedai kopi......kedai kopi kampung ajer....
Saya pernah jadi 'supplier' barang makanan ke hypermarket......

Pada waktu yang sama saya mula menerokai dunia PERNIAGAAN ONLINE.....(3 tahun, godek sana, godek sini....buat itu, buat ini......'trial & error'....sehingga Alhamdulillah dapatlah sedikit hasil dari internet.....)

Awal tahun 2017, saya telah menjual semua perniagaan fizikal saya dan 100% saya tumpukan pada perniagaan ONLINE.
Banyak kenangan dengan perniagaan yang dahulu, tetapi hati ini lebih tertarik dengan 'dunia tanpa sempadan'. Perniagaan terdahulu adalah proses mengumpul modal.

Nampak best ajer FLOW dia kan?
Tapi dalam 3 tahun tu......macam-macam kisah 'yang sakit' korang tak tahu......(Bab yang ni saya citer kan lenkali)

Bila saya dah mampu pergi bercuti bersama keluarga dengan hasil ONLINE saya mula YAKIN!

Bila saya tetiba dapat buat USD 200 dan sekali sekala mencecah USD 1,650 sehari ( ikutkan tarikh 'entry' post saya ari ni.....korang kali la 4.3 nak dapatkan nilai dalam RINGGIT MALAYSIA)

Bila saya dah boleh tersengih-sengih dan merasa nikmat betul-betul hasil dari titik peluh sendiri, keyakinan semakin bertambah!.

Ni intro la.....intro untuk blog saya (Menulis blog ni best....boleh santai-santai, luahkan rasa hati....kadang-kadang syiok sendiri pun ada)

Dalam blog ni saya nak kongsi apa-apa yang perkara yang POSITIF sahaja tentang perniagaan ONLINE mahupun perniagaan BIASA/TRADISIONAL/OFFLINE ......dan kalau ada rakan-rakan yang rasa dirinya nak tewas, dah buat macam-macam cara dengan bisnez online ni tapi tak menjadi, dah rasa nak mula bekerja makan gaji balik, maka.....bolehla 'follow' atau 'subscribe' Blog saya......manalah tau nanti ada entry saya yang 'relevant' dengan keadaan atau situasi korang terkini, maka boleh kita share cerita dan belajar sama-sama.

NEXT nanti saya nak kongsi lebih 50 cara korang boleh buat duit melalui INTERNET tanpa melibatkan diri dengan parasit skim atau SKIM CEPAT KAYA yang terlalu banyak diinternet ini. 

LAST BUT NOT LEAST........yang dah bekerja makan gaji lebih 20 tahun tu....bila lagi nak keluar dari Zon Selesa?



Saya ni jenis 'Dalam Hati Ada Taman.....' tak sombong, InshaAllah!

Nak kenal lebih dekat dengan saya.....add le saya dengan klik DISINI
Nak klik kat gambar pun boleh gak

Jumpa lagi nanti.....pagi ni nak pergi Kenduri dulu

Always Happy Go Lucky!










No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET