19 May, 2017

Kaedah No 2 : Mula Buat Sebuah Blog

Tips Buat Duit Dengan Blog





Menjadi seorang blogger adalah merupakan cara yang paling mudah untuk mendapat duit hanya dari rumah. Berbeza dengan kerjaya lain, jika anda seorang blogger sepenuh masa dari rumah, anda tak perlu bekerja dari pukul 9 hingga 5 (9 to 5).

Anda bebas bekerja mengikut masa anda sendiri.

Tetapi anda perlu bersabar, kerjaya sebagai blogger mengambil atau makan sedikit masa sebelum ia mula membuat duit kepada hasil kerja anda.

Saya cadangkan mereka yang ingin bermula dalam bidang ini bolehlah bermula dengan 'slow & steady'.

Jika sekarang anda masih bekerja sepenuh masa, jangan berhenti. Anda boleh gunakan masa lapang anda dan mula memupuk minat untuk membuat Blog.

Sebaik sahaja blog anda mula memberikan hasil malah pendapatan dari blog semakin bertambah dan lebih daripada gaji yang anda perolehi, maka pada waktu ini lah masa terbaik anda untuk menjadikan 'blogging' sebagai kerjaya sepenuh masa anda!


Ianya Sesuai Untuk Siapa?

Mereka yang suka menulis dan mereka yang suka berkongsi pengalaman dan kepakaran yang mereka ada kepada dunia!


Apa Skill Yang Diperlukan?

Kebolehan untuk luahkan segala pengetahuan melalui gaya penulisan yang menarik tetapi berkesan dihati pembaca.


Masa Yang Diperlukan Untuk Mula Menulis Blog

Masa yang diperlukan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada tahap kepakaran, sekiranya anda sudah mempunyai asas, anda sudah mula boleh menyiapkan sebuah blog hanya dalam masa beberapa jam sahaja.

Namun, jika anda memang tiada asas, anda mungkin memerlukan tempoh selama sehari atau dua untuk menguasai dan memahirkan diri dengan set up untuk membuat sebuah blog dengan susun atur yang menarik. 


TIP-TIP

1. Mulakan sebuah blog tentang perkara yang sememangnya anda ada kepakaran atau minat. (e.g. sekiranya hobi anda adalah mengembara dan bercuti, dan anda sudah pernah bercuti dibanyak tempat maka anda boleh memulakan sebuah 'blog berkaitan dengan percutian'.

2. Cuba untuk hadkan blog anda kepada satu domain. Maksud di sini, jangan letakkan pengisian blog anda dengan pelbagai 'niche' pada satu domain. (Dalam bahasa kampung....jangan jadikan blog anda macam rojak, semua perkara anda nak ceritakan.)

e.g  Anda menulis sesuatu berkaitan dengan resepi masakan di dalam blog anda yang menceritakan tentang fesyen - ini tidak betul.

Sentiasa pastikan jika blog anda spesifik pengisiannya berkaitan dengan percutian, maka pada domain ini anda hanya kongsikan penulisan berkaitan dengan topik-topik yang relevan dengan percutian sahaja.

3. Gunakan pengalaman dan kemahiran, cuba wujudkan satu penulisan yang unik dan sesuatu elemen yang boleh mencetuskan viral atau fenomena di blog anda!

4. Cuba berikan nilai penulisan yang tinggi kepada para pembaca. Tuliskan sesuatu perkara yang hasilnya memberikan impak atau perbezaan didalam kehidupan pembaca anda.

5. Jadi pendengar setia terhadap segala komen pembaca blog anda. Cuba selesaikan masalah yang mereka hadapi dan selalulah beri respond kepada komen-komen dari pembaca blog anda. Biar pembaca blog anda rasa dihargai dengan respond anda.

6. Berikan komitmen yang tinggi terhadap blog anda!. Blog anda adalah BF anda!. Berikan ia kasih sayang sepenuhnya dan semaikan dengan baja yang baik, (Selalu Update dengan bahan-bahan menarik maka hiduplah blog anda).
Anda biarkan sahaja blog anda tanpa update, anda anggap blog anda tidak memberi hasil, maka lama kelamaan, blog anda akan mati.

7. Sentiasa fikirkan tentang pengisian (content), gaya penulisan, selaraskan tone penyampaian melalui penulisan, analisis siapa pembaca blog anda dan sebagainya.

Perhatikan kepada mereka yang telah lakukan apa yang sedang anda rancang untuk lakukan. Tanyakan pada diri anda sendiri beberapa persoalan berikut
  • Bagaimana anda boleh menonjolkan diri dengan blog anda
  • Apa yang boleh anda kongsikan yang mungkin belum dikongsikan oleh orang lain
  • Apakah USP (Unique Selling Point) yang ada pada diri anda?
  • Kenapa anda ingin melakukan sesuatu perkara? (dalam kes ini, menulis blog)
8. Jadilah seorang yang professional dari cara bagaimana anda mengawal dan membina blog anda!

Jangan membuat kritikan terbuka terhadap jenama, 'bloggers' atau orang lain. Ingat 'what goes around comes around'.

Anda sudah pasti tidak mahu apa yang negatif anda perkatakan tentang diri anda akan kena pada diri anda kembali suatu hari nanti.

9. Jadilah sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan sanggup bekerjasama dengan 'bloggers' lain bagi meningkatkan kreativiti. Anda akan dapat bertemu dengan mereka-mereka yang hebat dan mempunyai inspirasi yang tinggi didalam bidang ini.

BAGAIMANA UNTUK JADIKAN BLOG SEBAGAI MESIN DUIT?

Anda boleh jadikan blog anda sebagai tempat untuk menjana duit dengan membuat rekomendasikan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidamatan yang relevan dengan tajuk blog anda. Ianya boleh dilakukan samada dengan menulis artikel atau membuat review sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan. Anda juga boleh letakkan 'banner-banner' iklan pada blog anda pada halaman yang berkaitan.

Jangan tak percaya, anda boleh mendapat komisen yang agak bagus sekiranya ada orang yang membeli produk yang telah di syorkan melalui blog anda. (Anda kena tahu dan belajar caranya).

Satu cara lain yang popular dikalangan 'blogger', adalah dengan meletakkan Iklan Google Adsense pada blog anda. Lebih ramai pembaca klik pada iklan Google anda lebih banyak duit yang anda dapat.....Oh!, ya....saya sebut klik aje kan?   :-)

OK, kalau betul anda nak belajar dengan cara yang betul, anda boleh klik DI SINI.

Anda kena tau teknik, trik dan kaedah yang boleh membuatkan BLOG anda awesome, so, dapatkan rahsia nya dengan segera.

Pelaburan sedikit untuk ilmu yang akan memberi hasil tanpa henti di masa hadapan. 

DAPATKAN CARANYA dengan kliknya DISINI Sekarang!

Jumpa lagi di posting lain......



No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET