15 May, 2017

NAK JANA DUIT....Tapi Tak Ada Modal dan Tak Ada Produk Sendiri

Baikla....ramai yang nak mula berniaga diinternet

Termasuk saya sewaktu nak bermula dahulu. Tau apa masalah utama yang saya hadapi?

"SAYA NAK BUAT APA EH? .....sambil tergaru-garu kepala. Jadi mulalah menerokai internet, tengok rakan tu jual barang di FB
rakan tu pulak pasarkan Ebook
rakan sorang lagi jual minyak wangi.....
yang tu pulak cakap buat Blog lagi banyak masyuk.....
baca yang tu, dia cakap buat macam ni pulak.

Kesudahannya, hampir setahun setengah MASA saya telah dibazirkan hanya dengan melayari internet kononnya nak cari cara terbaik nak hasilkan pendapatan di internet. 

OK, saya rasa ramai yang macam tu kan?. 
Jangan bimbang, tu perkara normal.....mencari memang langkah pertama tetapi AWAS, kalau dah masuk 2 tahun anda masih mencari-mencari, ini petanda menunjukkan sah bahawa anda hanya membazirkan masa sahaja.

Agak kelakarkan?, kuasa Internet ni terlalu besar!
Kita rasa macam-macam kita boleh jual dan berniaga, tetapi kesudahannya bagi mereka yang baru nak bermula akan menghadapi perkara ini, iaitu 

MACAMANA NAK BERMULA DAN DI MANA NAK BERMULA?

Sekarang saya akan kongsikan atau saya listkan apa yang anda boleh lakukan dengan Internet untuk menjana pendapatan. Langkah seterusnya, korang kena pilih 1 atau 2 kaedah atau 'niche' yang betul-betul anda minat.

Kemudian anda kecilkan skop pencarian kepada 'niche' yang anda minat
Anda pilih 2 sahaja.....tinggalkan 48 'niche' lain kepada orang lain
kemudian anda kena FOKUS pada yang 2 pilihan anda sahaja 

Jadi ini LANGKAH PERTAMA ANDA (Pilih minima 2 perkara yang anda minat, yang anda ada skill, yang anda ada pengalaman)


  1. Mula Bina Saluran You Tube Anda
  2. Mula Menulis Blog
  3. Ceburi Pemasaran Affiliate (Affiliate Marketing)
  4. Bina Laman Web dengan 'Niche' yang anda minat
  5. Terbitkan Ebook anda sendiri
  6. Cipta Laman Keahlian Anda
  7. Jual Kemahiran atau Skill Anda di Fiverr
  8. Jual Semula Barang di Ebay, Lazada, Mudah.my, 11th Street dan sebagainya
  9. Lakukan Pemasaran Email
  10. Lakukan Pemasaran Facebook
  11. Mula membuat 'copywriting' untuk pengiklanan
  12. Klik dan Menjual Photo
  13. Sertai Panel Kajiselidik
  14. Mula lakukan review keatas buku atau ebook yang pernah anda baca
  15. Kongsikan Links di Media Sosial
Saya senaraikan 15 ini sahaja dahulu. 

Kebanyakan 15 perkara diatas sebenarnya dapat memberikan anda pendapatan melalui internet. 
Apa yang menarik, sesetengahnya tidak memerlukan modal langsung, kecuali MASA dan DATA internet anda! kenapa....tak percaya?




Akan ada nanti yang kata, alaaa..

Buat kajiselidik?....berapa aje yang dapat?
Tulis blog?.....kat mana kata yang boleh buat duitnya?
Terbitkan Ebook sendiri?.....Ada orang nak beli ke?

OK, ada terkeluar soalan-soalan macam kat atas ni tak?. Kalau ada, maka, sampai bila pun anda tak akan berubah.
Jika anda ada sifat macam ni maka anda kena lupakan hasrat anda nak berjaya di Internet

Saya pernah jana RM 300 seminggu....hanya buat kajiselidik berbayar.
Saya pernah dapat RM 1,500 sebulan hanya dengan menulis blog
Saya pernah dapat USD 1,600 sehari....pasarkan Ebook

Nak bukti ke?, nanti bolehla beli Ebook saya dengan harga RM 120.....boleh?

Saya tak akan pergi dengan lebih details pada setiap senarai yang telah saya paparkan. Mungkin saya akan kongsikan di posting yang lain.

LANGKAH PERTAMA : Pilih apa yang anda MINAT dan punyai skill (Skill tak tinggi pun tak apa)

Apabila anda dah pilih maka, barulah kita pergi kepada LANGKAH KEDUA
  1. Apa nak buat? (Yang ni tak ada masalah. Bila anda dah pilih 2 senarai tu, anda taulah apa anda nak kena buat kan?)
  2. APA TEKNIK/KAEDAH/CARA nak digunakan untuk jadikan 2 perkara diatas menjadi MESIN DUIT anda.
  3. Dimana PLATFORM sesuai nak pasarkan kebolehan anda ini.

SEKIAN......To Be Continue 



No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET